Thursday 3 December 2009

Oi! Nasi Dagang!

Pada Eidul Adha, kami dijemput ke rumah pelajar dari Terengganu untuk menikmati juadah Nasi Dagang! Suamiku melonjak kegembiraan. Maklumlah, salah satu makanan tradisional Masakan Melayu dan merupakan makanan kegemaran beliau. Sehari sebelum ke Bendigo suamiku memintaku menghubungi suami pelajar ini, Amir dan meminta beliau mengajarnya cara memasak nasi dagang serta kari ikan nasi dagang! Amir bersetuju untuk mengajarnya dengan syarat suamiku mengajar Amir buat juadah manis "Baklava" yang terkenal di Turki, Bosnia dan sebahagian Europah!

Maka, tersebutlah kisah, hari selasa lepas, suamiku masak nasi dagang seorang diri tanpa bantuanku kerana pada hari tersebut adalah hari kerja sukarela di Pusat Komuniti Penduduk Tempatan Wedderburn. Tapi setiap, lima minit menaliponku bertanyakan di mana aku letak rempah-rempah berkenaan.

Jam 4 petang, suamiku mengambilku dari tempat kerja, dan memberitahuku dia belum buat kari ikan nasi dagang sebab tak jumpa rempah kari ikan. Well! Kaum lelaki nie, adalah kalanya tak nampak walaupun di depan mata sekali pun! So, sebaik sampai di rumah, aku letakkan segala keperluan di atas meja. Aku tidak dibenarkan memasak kecuali diminta menyediakan rempah kari nasi dagang! (Thank you Mak Dah! Give me the original recipe of nasi dagang spice.)

Jam 5.30 petang, kami berjamu Nasi Dagang! Lalu aku menamakan Nasi Dagang ini... Nasi Dagang Croatia. Jangan terasa sebab bangsa asing boleh masak nasi dagang! Sesiapa nak mencubanya..... jemputlah ke rumah kami! Pasti Sedap! Thanks to Amir and Ida! He loves your Nasi Dagang!

Saturday 11 July 2009

Happy Birthday Brother


Well! Another year older! The wiser you should be! What did you get for your birthday? We wish you Happy Birthday! Hoping that you have a great day with your family! Lots of love from both of us.

Tuesday 7 July 2009

Happy Birthday Babah


Happy Birthday from both of us. We love you and hoping that babah have a great time today! Babah such a cool person, understanding and helpful in any ways. He hardly says no! The grandchildren adored him very much!

Friday 5 June 2009

Bila usia kian meningkat......

Tanggal 24 Mei 2009, umurku sudah menjangkau 42 tahun. Terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Suamiku sibuk sekali menyediakan kek iaitu "Apple Up-Side Down Cake with Chocolate topping". Tidak disangka pula suamiku menalipon jiran-jiran sebelah untuk celebrate bersama. Aku terharu dengan tindakan suamiku. Pada saat itu, aku ingin menyambutnya sendirian bersama suamiku sahaja memandangkan babah, mummy, adik-adik serta anak saudara jauh di Malaysia.


My birthday Cake

I received birthday wish from Adam Zec (Our grandson), Nonie Rusli, Mohd Isman Karim, Lynn, Zafira and Zafran and an special email from Nina, Shira and Irfan. Thank you for remembering my birthday and not forgetting to thank to Chrissy, Arthur & Ann and my beloved husband for giving me a wonderful present.

Birthday gift from Mikail

Birthday gift from Arthur&Ann

Lawatan Ke Pekan Boort

Bulan Jun ini, sudah 3 tahun saya menjadi sukarelawan di Wedderburn Community House sebagai 'Front Office' yang menggendalikan Pusat Khidmat Info Pelancungan dan Pusat Perhimpunan orang-orang kampung untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertolongan tak kira tua ataupun muda. Pusat ini mempunyai fasiliti bagi mempermudahkan penduduk di sini untuk mendapatkan perkhidmatan kerana bandar yang terdekat ialah Bendigo iaitu kira-kira 80km dari Wedderburn. Khidmat pengankutan tidak semewah di Malaysia. Perkhidmatan bas di sini agak terhad. Wedderburn merupakan sebuah pekan kecil yang mempunyai penduduk tempatan lebih kurang seribu orang.







Pada tahun ini, Volunteers for Wedderburn Tourismn Centre di beri peluang melawat pekan kecil iaitu Boort lebih kurang 38 km dari Wedderburn. Lawatan ini diadakan pada 17 Mei 2009. Lawatan kali ini agak menarik daripada lawatan pertama ke Boort pada tahun 2008.
Boort merupakan sebuah pekan kecil dan mempunyai permandangan yang amat menarik Suasana di Boort agak damai. Penduduk tempatannya begitu ramah sekali. Pada kali, kami melawat beberapa tempat iaitu homestead accomodation(mengadap Tasik Boort), Boort Caravan Park, Salute Olive Plantation, Lapangan Terbang Kecil Boort, Brojayla Patchwork Shop, Simply Green Tomatoes, Pusat Ternakan Ikan Air Tawar, Winery dan Rumah John Picolli.



Amat menarik sekali apabila melawat di Rumah John Picolli kerana beliau merupakan Orang Kurang Upaya tapi mempunyai semangat yang tinggi dan tidak menganggap diri beliau sebagai orang kurang upaya. Saya agak terkejut dengan keupayaan yang ada pada dirinya. Beliau begitu kreatif. Beliau telah membuat beberapa rekaan bentuk binatang, kerusi dan sebagainya daripada 'spana'. Projet terbarunya ialah 'rodeo'. Terlupa pulak ambil gambar Mr. John. Lagipun gambar-gambar ini dirakamkan oleh Pauline Brown. Saya terlupa bawa kamera!

Tuesday 2 December 2008

Akhirnya..........

Akhirnya........ tercapai jua cita-cita untuk membuka blog sendiri. Perasaan cemburu terhadap adik-adikku dan anak saudara ku telah hilang...... Maklumlah, bila menetap jauh dari keluarga yang sukar untuk dilawati. Sekurang-kurangnya dapat juga menatap kehidupanku di perantauan. Nak balik kampung.................. jaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuh! Tambang mahal. Bukannya boleh naik kereta atau bas! Kena naik kapal terbang! Kalau balik pun, kena tunggu sekurang-kurangnya 2-3 tahun. Nak tunggu adik-adik datang menjenguk kaklongnya..... entah bila sebab masing-masing dah beranak pinak! Nak tunggu sahabat handai...........pun tak tahu!!!