Pada Eidul Adha, kami dijemput ke rumah pelajar dari Terengganu untuk menikmati juadah Nasi Dagang! Suamiku melonjak kegembiraan. Maklumlah, salah satu makanan tradisional Masakan Melayu dan merupakan makanan kegemaran beliau. Sehari sebelum ke Bendigo suamiku memintaku menghubungi suami pelajar ini, Amir dan meminta beliau mengajarnya cara memasak nasi dagang serta kari ikan nasi dagang! Amir bersetuju untuk mengajarnya dengan syarat suamiku mengajar Amir buat juadah manis "Baklava" yang terkenal di Turki, Bosnia dan sebahagian Europah!
Maka, tersebutlah kisah, hari selasa lepas, suamiku masak nasi dagang seorang diri tanpa bantuanku kerana pada hari tersebut adalah hari kerja sukarela di Pusat Komuniti Penduduk Tempatan Wedderburn. Tapi setiap, lima minit menaliponku bertanyakan di mana aku letak rempah-rempah berkenaan.
Jam 4 petang, suamiku mengambilku dari tempat kerja, dan memberitahuku dia belum buat kari ikan nasi dagang sebab tak jumpa rempah kari ikan. Well! Kaum lelaki nie, adalah kalanya tak nampak walaupun di depan mata sekali pun! So, sebaik sampai di rumah, aku letakkan segala keperluan di atas meja. Aku tidak dibenarkan memasak kecuali diminta menyediakan rempah kari nasi dagang! (Thank you Mak Dah! Give me the original recipe of nasi dagang spice.)
Jam 5.30 petang, kami berjamu Nasi Dagang! Lalu aku menamakan Nasi Dagang ini... Nasi Dagang Croatia. Jangan terasa sebab bangsa asing boleh masak nasi dagang! Sesiapa nak mencubanya..... jemputlah ke rumah kami! Pasti Sedap! Thanks to Amir and Ida! He loves your Nasi Dagang!
Laman Sesawang Bersawang Suda
5 years ago
No comments:
Post a Comment