Friday 5 June 2009

Lawatan Ke Pekan Boort

Bulan Jun ini, sudah 3 tahun saya menjadi sukarelawan di Wedderburn Community House sebagai 'Front Office' yang menggendalikan Pusat Khidmat Info Pelancungan dan Pusat Perhimpunan orang-orang kampung untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertolongan tak kira tua ataupun muda. Pusat ini mempunyai fasiliti bagi mempermudahkan penduduk di sini untuk mendapatkan perkhidmatan kerana bandar yang terdekat ialah Bendigo iaitu kira-kira 80km dari Wedderburn. Khidmat pengankutan tidak semewah di Malaysia. Perkhidmatan bas di sini agak terhad. Wedderburn merupakan sebuah pekan kecil yang mempunyai penduduk tempatan lebih kurang seribu orang.







Pada tahun ini, Volunteers for Wedderburn Tourismn Centre di beri peluang melawat pekan kecil iaitu Boort lebih kurang 38 km dari Wedderburn. Lawatan ini diadakan pada 17 Mei 2009. Lawatan kali ini agak menarik daripada lawatan pertama ke Boort pada tahun 2008.
Boort merupakan sebuah pekan kecil dan mempunyai permandangan yang amat menarik Suasana di Boort agak damai. Penduduk tempatannya begitu ramah sekali. Pada kali, kami melawat beberapa tempat iaitu homestead accomodation(mengadap Tasik Boort), Boort Caravan Park, Salute Olive Plantation, Lapangan Terbang Kecil Boort, Brojayla Patchwork Shop, Simply Green Tomatoes, Pusat Ternakan Ikan Air Tawar, Winery dan Rumah John Picolli.



Amat menarik sekali apabila melawat di Rumah John Picolli kerana beliau merupakan Orang Kurang Upaya tapi mempunyai semangat yang tinggi dan tidak menganggap diri beliau sebagai orang kurang upaya. Saya agak terkejut dengan keupayaan yang ada pada dirinya. Beliau begitu kreatif. Beliau telah membuat beberapa rekaan bentuk binatang, kerusi dan sebagainya daripada 'spana'. Projet terbarunya ialah 'rodeo'. Terlupa pulak ambil gambar Mr. John. Lagipun gambar-gambar ini dirakamkan oleh Pauline Brown. Saya terlupa bawa kamera!

No comments: